Topik 1 : Sosiologi dan Pembelajaran


Sosiologi berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘sosio’ yang membawa maksud “berkongsi”.  Ia juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bemaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Justeru sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusiamengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

Terdapat beberapa teori dalam bab ini. Yang pertama ialah Teori fungsionalisme. Teori ini mengkaji tentang institusi atau perlakuan sosial dalam kegiatan yang membawa kepada perkembangan masyarakat kita. Ia juga merupakan teori yang menganggap masyarakat ini seperti tubuh yang mempunyai fungsi tersendiri di setiap bahagian tubuh manusia. Maksudnya, ia mempunyai keperluan dan tujuan yang tertentu. Buakan itu sahaja, Teori Fungsionalisme ini juga mempunyai fahaman bahawa kelancaran keharmonian dan perjalanan hidup masyarakat ini ditentukan oleh struktur sosial. Seterusnya ialah Teori Interaksionisme Simbolik. Tokohnya ialah Max Weber. Max Weber perpendapat bahawa manusia berinteraksi dengan menggunakan bahasa, lambang (bendera dan lencana) dan alat-alatan (kereta dan pakaian) masing-masing. Oleh itu, faktor yang menyebabkan hubungan bertambah mesra adalah dengan memahami makna-makna simbolik semasa berinteraksi antara satu sama lain. Makna tersirat atau makna simbolik ini dikaji secara subjektif. Selain itu, teori ini mengatakan bahawa interkasi sosial merupakan perkara yang amat penting untuk kelangsungan hubungan manusia dengan dunia luar. Kebolehan mereka untuk berinteraksi merupakan faktor yang membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai dan seterusnya akan mebentuk kumpulan masyarakat. Akhir sekali ialah Teori Konflik. Tokoh dalam teori ini ialah Karl Max. Ia menyatakan bahawa konflik adalah bukan suatu keganasan tetapi merupakan perjuangan antara kelompok masyarakat seperti parti, persainngan dalam institusi dan sebagainya. Teeori ini juga menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat dan mengkritik kapitalisme dan menyokong sosialisme. Seterusnya ia berpendapat bahawa konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian dalam kelompok sosial.


Kesimpulannya, sosiologi ini melibatkan masyarakat manusia. Oleh itu, skop kajian adalah sangat meluas.Pembelajaran pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan seseorang pendidik itu haruslah mengambil cakna terhadap peranan mereka dalam dunia sosial. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.





 Rujukan

No comments:

Post a Comment