Topik 5 : Pengurusan Murid


Bagi melancarkan proses pembelajaran di sekolah, antara perkara yang harus dititikberatkan ialah pengurusan murid.  Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan secara  sistematik untuk mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai.

Aspek kesediaan murid belajar ini terbahagi kepada tiga iaitu psikomotor, afektif dan kognitif. Psikomotor ialah potensi atau kematangan fizikal bagi persediaan pembelajaran yang baharu manakala kognitif pula ialah berkaitan dengan otak iaitu tahap intelektual seseorang murid seperti berfikir serta menganalisis sesuatu perkara yang diajar. Afektif pula ialah sikap, keinginan serta minat yang ditunjukkan oleh seseorang murid sewaktu menjalani proses pembelajaran. Kesemua aspek ini perlu dikaji dan difahami oleh setiap guru bagi melancarkan proses pembelajaran di sekolah seterusnya dapat melahirkan anak didik yang dapat bersama-sama memberi manfaat kepada Negara, bangsa dan agama.

Kesimpulannya, penilaian yang dilaksanakan secara berkesan oleh guru dapat membantu murid untuk mengatasi masalah pembelajaran apabila telah dikenalpasti pada peringkat awal lagi. Ianya bertujuan supaya pelajar-pelajar yang lemah ini tidak diabaikan seterusnya menjadikan permasalahan ini semakin berat. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dan pihak sekolah dapat segera membantu murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah seiring dengan sekolah-sekolah di Negara maju yang lain.




Rujukan
·                  http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html
·                 https://prezi.com/kdf3je7_a2cj/pengurusan-murid/


No comments:

Post a Comment