Topik 3 : Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

Pengurusan ialah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi bagi mencapai sesuatu objektif. Ia merupakan satu usaha sama untuk mendapatkan kerjasama daripada ahli-ahli yang bertanggungjawab secara berkesan untuk mencapai sebuah matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan merupakan aspek yang paling penting dalam organisasi di sekolah supaya segala permasalahan di sekolah dapat diatasi dengan baik.

Terdapat beberapa konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar. Antaranya ialah mengawal iaitu mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti berkumpulan, mengawal murid yang mempunyai masalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Hal ini amatlah penting untuk dititikberatkan oleh semua guru pelajar-pelajar sekolah adalah masih dalam lingkungan umur yang perlu diawasi oleh guru supaya tidak berlaku perlara-perkara yang tidak diingini di dalam kelas. Seterusnya ialah merancang. Guru-guru perlulah merancang objektif pembelajaran terlebih dahulu sebelu memulakan kelas supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru juga haruslah merancang kaedah pembelajaran yang efektif dan menyediakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu yang dipelajari. Guru juga hendaklah merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar lebih jelas akan apa yang diajar dan seterusya merancang aktiviti penilaian untuk menganalisis tahap pencapaian murid terhadap pembelajaran yang telah dilangsungkan. Konsep seterusnya ialah konsep pengalaman. Guru mestilah sentiasa mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman yang sedia ada supaya murid mudah untuk memahami dan serta mengingati terutamanya yang berkenaan dengan sesuatu peristiwa. Akhir sekali ialah konsep mengarah. Guru haruslah mengarah pelajar untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran, menjawab soalan yang diutarakan,  menyiapkan tugasan harian yang diberikan di dalam bilik darjah dan mengarah murid untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan supaya murid tidak terlalu leka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kesimpulannya,  pengurusan dan pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, itu bapa dan guru juga perlulah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan prestasi anak-anak dan pelajar masing-masing dalam pembelajaran.



Rujukan

  • ·         https://www.slideshare.net/AamirDin/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar


No comments:

Post a Comment