Topik 7 : Pengurusan Sumber


Pengurusan sumber ialah cara bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran tentang fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalammembantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Sumber bahan bercetak adalah  bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Cotohnya ialah  buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Seterusnya, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakanoleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali ialah bahan maujud. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan ini merupakan bahan yang nyata yang ada di sekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialah komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya.

Kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.

Rujukan
  • ·         https://www.academia.edu/24615615/Slide_kps_pengurusan_sumber_


No comments:

Post a Comment