Topik 6 : Pengurusan Bilik Darjah


Pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan perancangan, perorganisasian dan pengawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana pembelajaran adalah dalam keadaan yang baik. Ia merupakan satu perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh semua guru dan kakitangan sekolah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di sekolah.
Di dalam mengurus bilik pembelajaran, seseorang guru haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan suasana bilik darjahnya dalam keadaan yang kondusif dan selesa supaya sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru perlulah mempelajari  dan mengenali murid mereka. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Guru perlulah mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Selain itu, guru juga haruslah merancang persekitaran biliik darjah dan rutin harian bagi tempoh masa tertentu. Persekitaran fizikal bilik darjah juga mestilah menarik, kondusif dan sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Bukan itu sahaja, bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesn di dalam bilik darjah, guru mestilah merancang objektif serta aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Akhir sekali, guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa berada di dalam bilik darjah kerana guru harus berkomunikasi dengan ibu dan bapa atau penjaga murid. Guru harus selalu memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa mereka yang bertanya.
Kesimpulannya, kejayaan seseorang guru sebagai tenaga pengajara yang menguruskan bilik darajah tidak semata-mata dinilai dari segi kemahiran dan teknik pengajaran sahaja, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Oleh itu, untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid , guru haruslah bijak menguruskan bilik darjah degan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.


Rujukan


No comments:

Post a Comment