Topik 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran


Menurut pendapat Haji Samsudin bin Mohd Noor, pengurusan adalah satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli dalam proses untuk mencapai matlamat dan objektif kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993) alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat untuk belajar dalam kalangan kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tahu menjadi tahu.

Dalam pengurusan sumber pembelajaran, antara elemen-elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas adalah kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Selain itu, guru haruslah merancang kurikulum, sukatan, huraian sukata, buku teks, bahan rujukan tambahan dan malumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Bukan itu sahaja, guru juga harus memasukkan perkara-perkara yang melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Akhir sekali, guru hendaklah membuat perancangan yang berkualiti untuk menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilnya. Biasanya, tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebaliknya ada yang digemari murid.

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlulah dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan dengan lancer sekaligus dapat bersama-sama meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah.

Rujukan
  •  https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran


No comments:

Post a Comment