Pengurusan murid
pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid
yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Dengan erti kata lain, pengurusan
murid pelbagai upaya ini lebih kepada program pendidikan khas yang dilaksanakan
ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara
fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang
dijalankan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan
khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa
kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada
program sekolah aliran perdana.
Pengurusan murid
pelbagai upaya ini memfokuskan tentang pemulihan dan pengayaan. Pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. Selain
itu, pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M.
Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah
tersebut dapat dikesan. Seterusnya adalah pengayaan. Pengayaan ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti
pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat
sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas.
Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk
kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah
pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.
Kesimpulannya,
pelajar-pelajar pelbagai upaya ini memerlukan pengajaran pada kelajuan yang
sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan
peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Kepimpinan sekolah seharusnya
memainkan perana yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan. Dengan usaha yang dijalankan dan ditambahbaikkan ia akan
membantu ramai individu kurang upaya untuk turut berjaya di dalam akademik.
Rujukan
- https://www.tes.com/lessons/C5wjfyRsawYkOg/pengurusan-murid-pelbagai-upaya-kumpulan-11
No comments:
Post a Comment