Pengurusan pelbagai budaya merupakan teknik penyusunan
dan perancangan sesebuah bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai bangsa dan budaya. Pengurusan pelbagai budaya
adalah sangat penting dalam menguruskan sekolah kerana ianya mampu memberi
implikasi kepada semua warga di dalam sekolah, termasuklah guru dan juga pelajar itu sendiri. Didalam sesebuah sekolah akan wujud
pelbagai budaya yang diaplikasikan oleh pelajar yang mampu mempengaruhi suasana pembelajaran
mereka.
Terdapat
beberapa isu mengenai kepelbagaian budaya murid. Antaranya adalah perasaan prejudis
antara budaya guru dan murid iaitu apabila murid membawa budaya mereka
tersendiri yang berbeza dengan budaya makro iaitu budaya dominan yang menajdi
budaya formal di sekolah. Murid-murid adalah berbeza dari segi cara
berkomunikasi, nilai-nilai sosial dan intelektual, gerak badan dan pandangan
mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Terdapat juga guru
yang membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah maka timbullah
masalah dalam sistem komunikasi dan cara berinteraksi dengan murid. Selain itu
pengisian kurikulum dan kokurikulum juga menjadi isu kepelbagaian budaya murid
apabila sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India
sebagai subjek wajib dan menyebabkan ibu bapa daripada kaum tersebut kurang
berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Akhir sekali
adalah mengenai pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan globalisasi. Setiap
individu terdedah kepada pandangan dunia dan mempunyai landasan untuk meluahkan
perasaan dan pandangan secara terbuka. Guru perlu memastikan maklumat tentang
konsep pelbagai budaya dijelaskan kepada murid supaya ia tidak diputar belitkan
atau disalah faham oleh sesiapa sahaja.
Kesimpulannya,
isu-isu dalam kepelbagaian budaya murid akan terus kekal dan boleh bertambah
jika tidak ditangani dengan segera. Bagi menangani isu ini, guru haruslah
mempelbagaikan kaedah pengajaran agar murid-murid tidak merasakan kewujudan
pelbagai budaya di dalam kelas. Guru juga harus memastikan aktiviti yang
dijalankan melibatkan penglibatan semua murid walaupun berlainan kaum. Guru
juga harus menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid dan mengadakan
suasana demokratik dalam kelas supaya murid-murid boleh menyuarakan pandangan
dan idea masing-masing.
Rujukan
- https://www.scribd.com/document/172100449/Isu-Kepelbagaian-budaya
No comments:
Post a Comment