Topik 10 : Pengurusan Penasihatan Murid


Pengurusan penasihatan murid adalah merangkumi strategi menyelesaikan masalah dengan memberi nasihat  tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

      Terdapat beberapa proses bimbingan dan penasihatan. Yang pertama adalah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam hal ini, terlebih dahulu pihak pengurusan sekolah perlulah  menerima konsep ini dengan terbuka. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan lebih mengenali pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Seterusnya adalah  menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru akan dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas yang diwajibkan kepada guru untuk menghadiri.

      Selain itu ialah guru haruslah mengenali pelajar. Ini supaya guru-guru dapat menggunakan  kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Bukan itu sahaja, guru harus mengenalpasti cara untuk  membimbing pelajar dalam membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, jalan penyelesaian dan pelan tindakan, dan melaksanakan tindakan. Akhir sekali adalah guru harus mahir dalam menganalisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu dan boleh segera melakukan tindakan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid ini menjelaskan tentang fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat diperlukan terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke akar umbi.



      RUJUKAN

  • Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

  • Zuraidah Abdul Rahman. (2011). Kaunseling dalam pengurusan. Selangor: Marshall Cavendish.



No comments:

Post a Comment