Topik 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran


Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada tindakan yang diambil untuk membentuk dan mengekalkan yang keadaan bilik pembelajaran dalam keadaan yang kondusif bagi mencapai matlamat pengajaran, (penyusunan suasana fizikal bilik darjah, mewujudkan peraturan dan prosedur, mengekalkan perhatian kepada pelajaran dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti akademik). Pengurusan bilik pembelajaran yang baik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan berkesan. Hal ini juga dapat memupuk rasa sifat kerjasama antara pelajar dan guru di dalam kelas.

Antara perkara yang harus dititikberatkan dalam pengurusan bilik pembelajaran adalah dari segi susunan meja guru. Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas. Guru harus sentiasa berada di sekitar meja pelajar bagi membantu proses pembelajaran terutamanya ketika membuat latihan. Seterusnya adalah dari segi susunan kerusi dan meja pelajar. Ianya bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Antara susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik darjah adalah kedudukannya tidak akan menyebabkan ada pelajar yang akan membelakangi papan hitam kerana ia akan mengganggu pelajar kerana terpaksa berpusing. Selain itu, ruang pembelajaran juga harus diwujudkan contohnya ruang bacaan ataupun mini perpustakaan untuk memupuk sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dari awal lagi. Bukan  itu sahaja, guru juga harus memastikan cara pengajaran masing-masing sama ada menarik atau tidak supaya murid mudah mendapat apa yang ingin disampaikan oleh guru. Guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menghidupkan suasana pembelajaran di dalam kelas.

Kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran adalah berkait rapat dengan tiga faktor iaitu unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan objektif pembelajaran.





Rujukan
·         Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap       Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19,

No comments:

Post a Comment