Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi
pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka
menempuh alam pekerjaan kelak manakala persekitaran adalah membawa maksud
kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana
pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan
membangkitkan semangat motivasi pelajar.
Topik
ini turut membincangkan hubungan sekolah dengan masyarakat. Sekolah merupakan
satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat
dan persekitaran. Selain itu, sekolah juga memberi peluang kepada manusia
khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Seterusnya, sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku
pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat untuk dibendung segala
permasalahan yang berlaku dan mungkin akan berlaku. Sekolah juga bertindak sebagai
sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan
hubungan saling bergantung dengan pihak luar iaitu masyarakat itu sendiri.
Antara peranan sekolah kepada masyarakat adalah sekolah melibatkan proses
sosialisasi di maa kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan
menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Selain itu,
pendidikan juga dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir
secara kreatif dan kritis. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan
dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam
norma masyarakat.
Kesimpulannya,
hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa
dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat
faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI).
Rujukan
https://www.scribd.com/document/186142186/Sekolah-Dan-Persekitaran
No comments:
Post a Comment