Organisasi ialah satu badan yang
dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang
menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama
manakal kepimpinan pula ialah kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian
dalam sesuatu pertubuhan tertentu.
Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan.
Antaranya adalah gaya kepimpinan autokratik. Gaya kepimpinan ini menggunakan
interaksi sehala iaitu pengetua memberi arahan dan guru-guru hanya mendengar
dan mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh pengetua. Guru tidak diberi
peluang untuk mengemukakan pendapat dan idea masing-masing. Seterusnya ialah
gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan ini mengaplikasikan interaksi dua
hala antara pengetua dan guru. Pengetua akan berbincang, memberi dan menerima
pandangan dan pendapat daripada guru dan setiap sesuatu perkara diputuskan
melalui pakatan majoriti. Selain itu, gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu gaya
kepimpinan yang bertentangan dengan autokratik. Guru diberi kebebasan
sepenuhnya oleh pengetua untuk membuat keputusan. Guru juga tidak akan dinilai,
dikritik, diberi pujian, diberi idea dan nasihat oleh pengetua kecuali diminta
oleh guru itu sendiri. Akhir sekali ialah gaya kepimpinan kontigensi. Gaya
kepimpinan ini menitikberatkan sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan
prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya kepimpinan dan kesesuaian situasi
yang dihadapinya. Tiada cara yang khusus yang sama dalam semua keadaan untuk
memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pemimpin ialah hubungan yang baik antara pemimpin dengan anggota ,
struktur tugas dan posisi kuasa.
Kesimpulannya, kepimpinan
adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggorta-anggota lain
dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Kepimpinan
ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak
boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
Rujukan
- · Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press.
- · https://missugliest.blogspot.com/p/kepimpinan-dan-organisasi-di-sekolah.html
No comments:
Post a Comment