Interaksi ialah tindak balas antara
dua atau lebih pihak manakala pembelajaran ialah proses memperoleh sesuatu
kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari. Ianya mencakupi pelbagai
pihak iaitu pihak guru, pelajar dan ibu bapa.
Terdapat
beberapa jenis interaksi dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah interaksi
satu hala. Melalui interaksi ini, guru yang mengawal segala aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Murid hanya
menerima apa yang diberi dan diajar oleh guru tanpa memberi idea dana pendapat
masing-masing. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru sahaja. Tiada
interaksi yang berlaku antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Selain
itu, murid juga tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
aktif. Seterusnya yang kedua ialah interaksi dua hala iaitu antara guru dengan
murid. Interaksi ini menggunakan pendekatan yang berlainan daripada jenis
interaksi sehala kerana ia menggunakan kaedah perbincangan atau kaedah induktif
semasa sesi pembelajaran. Aktivit pengajara dan pembelajarannya adalah bercorak
aktif, oleh itu perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi
terbuka di dalam bilik darjah. Interaksi ini menggalakkan murid-murid menyal
dan memberi pendapat masing-masing semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali ialah interaksi antara kumpulan iaitu guru menggunakan
kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, pendekatan kumpulan,
kaedah perbincagan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah
perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan
murid dan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Guru hanyalah menjadi
fasilitator di dalam bilik darjah yang hanya memberi arahan kepada setiap
kumpulan. Melalui interaksi ini, komunikasi yang berlaku di antara guru dengan
murid dan murid dengan murid adalah sangat berkesan apabila terdaat penyertaan
aktif murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya,
interaksi dalam pengurusan pembelajaran dapat disimpulkan sebagai satu bentuk komunikasi
yang berlaku dalam proses pembelajaran. Interaksi juga dapat membantu guru
untuk menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan apabila perhubungan muid
dengan guru menjadi mesra melalui interaksi. Justeru ia merupaka pemangkin
untuk meningkatkan prestasi pelajar, guru dan sekolah.
Rujukan
No comments:
Post a Comment