Pengurusan tingkah laku boleh didefinisikan
sebagai satu strategi untuk memperbaiki tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang betul. Setiap guru mestila
mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku untuk mengawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses mengatasi masalah tingkah
laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat
pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah,
mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan
tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang
positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu membuat
pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan
rujukan guru.
Dalam
aspek peraturan dan disiplin murid, yang pertama ialah disiplin. Disiplin ialah
peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh semua murid sekolah demi mewujudkan
tingkahlaku yang positif untuk mencipta suasana yang baik di sekolah. Dalam erti kata lain , ia merupakan kesanggupan
seseorang murid menghormati dan mematuhi
kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada
suka atau pun tidak. Yang kedua adalah pengurusan disiplin. Pengurusan disiplin
merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelommpok
masyarakat. Perkara penting yang perlu diperhatikan terutama isu berkaitan
dakwaan mahkamah. Ianya mengandungi dokumen undang-undang seperti Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
Seterusnyaadalah tanggungjawab pengetua dan guru-guru. Pengetua dan guru bertanggungjawab
secara langsung terhadap semua perkara di sekolah iaitu perkara yang dilakukan
oleh warga sekolah terhadap murid-murid. Akhir sekali adalah prosedur tindakan
disiplin di sekolah. Guru haruslah memberitahu kesalahan serta hukumannya
sekali kepada murid—murid terlebih dahulu. Jika murid melakukan kesalahan, guru
mesti memberi peluang untuk murid itu membela diri dahulu, seterusnya rayuan
murid tersebut haruslah didengari dan jika perlu dijatuhkan hukuman juga, barulah
guru boleh menjatuhkan hukuman dengan adil kepada pesalah itu.
Kesimpulannya,
tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak
pada bahu seorang pengetua atau guru besar sesebuah sekolah sahaja.
Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang
ada di sesebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan
dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung
dalam pekeliling ikthisas dan peraturan sekolah.
RUJUKAN
- ·
Abdul Malek Bilal
Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
No comments:
Post a Comment